TH8 CODER ← Kembali ke Journal

DIGITAL STRATEGY

Website vs Instagram: Mana Satu Lebih Penting?

Ramai pemilik salon di Sabah berkata, "Instagram saya dah ada 10k followers, kenapa perlu website?" Jawapannya mudah: **Kawalan.**

Instagram adalah 'Rumah Sewa'

Bila-bila masa sahaja algoritma boleh berubah atau akaun anda disekat. Website adalah 'Rumah Milik Sendiri'. Di website, anda mengawal pengalaman pelanggan 100% tanpa gangguan iklan pesaing.

Kredibiliti Pelanggan High-End

Pelanggan yang sanggup berbelanja besar biasanya akan 'Google' nama spa anda untuk melihat tahap profesionalisme anda sebelum membuat tempahan.

Bina Aset Digital Anda

Mula Bina Website
TANYA TH8 CODER